MADAH RASA

dscf0069.jpgPerasaan adalah anugerah Tuhan yang amat berharga.  Rasa yang sama boleh dirasai oleh dua atau lebih jasad yang berbeza tanpa perlu bertemu mata.  Cukup dengan luahan kata kata.  Kalanya indah kalanya duka.  Itu semua pengajaran dari yang Maha Esa bagi mematangkan hambanya.  Bagaimana hasil rupanya bergantung pada bagaimana ia diurusi dan ditangani.

Samada kita cukup kuat untuk menerima kepahitan hidup sebagai suatu hakikat atau terus mengelamun dalam dunia ciptaan sendiri tanpa perlu wujud duka nestapa dan gundah gulana.  Menolak hakiki hidup secara total dan tidak rela diduga.  Pedihnya jiwa akan jadi lebih hebat kelak jika hakiki di tolak tanpa pertimbangan.

Akal, anugerah yang tertinggi bagi manusia.  Membezakan si kaki 2 dan si kaki 4.  Tapi sayang, tak semua sanggup dan mahu menggunakannya.  Hati dan emosi menjadi nakhoda dan syaitan sebagai Penasihat Tertinggi.  Akan hancurlah hidupmu insan.whatson.jpg

Urusan perasaan, emosi, hati dan akal hanya mampu dikawal oleh si pemilik mutlak.  Suka, bahagia, berbunga, duka, nestapa, kecewa hanyalah rencah yang menambah aroma hidup di dunia fana.  Tak perlu diruntun terlalu lama, ia hanya sementara, seperti wujudnya kita di dunia ini.  

Rasailah, laluilah, nikmatilah dan amati semua ini dengan penuh keinsafan.  Ianya adalah pengajaran dari Yang Maha Esa.  Kupaslah ia, kajilah ia, redhailah ia, mudah mudahan lebih mudah diurusi dan bakal mendatangkan manfaat buat kita di alam barzakh dan seterusnya kelak. 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: