Rembang Ramadhan

Ramadhan bakalan tiba..

Kalam virtualku lama sudah tersadai di atas meja.  Lama sudah tidak berpetik.  Sudah disalut selapis debu.  Sibuk?  Itu semua satu alasan.  Sibuk melayan suara suara sumbang yang berkumandang dalam kepala otak senget ni.  Tapi bukannya skizophrenic.  Sekadar sibuk menimbang berat baik buruk, pro dan contra tindakan dan kehidupan,  keuntungan dan kerugian, kehidupan dan kematian..

Temanku yang dulu berperang dengan tuan tanah kedaung, akhirnya bebas..  Tuan tanah itu dah dapat tawanan baru.   Kini temanku sibuk dengan amanah pendidik, sibuk menari dengan kalamnya, mewarnai lagi dunia penulisan yang kini ketandusan penulis muda yang berani bermain dengan kata kata lancang dan tajam..

Komuniti yang pernah kukenali lebih 10 tahun dulu kini menjengah di sebalik tabir yang selama ini buat aku rasa sendiri di pentas ini.. Bermacam cerita, drama, epilog seram sejuk dan lucu bak Raja Lawak dimainkan buat tontonan ku..  Hidup bagaikan teater yang mampu memanusiakan manusia.. Memang benar kata Azizah Hussein..

Dan aku?  Masih lagi dengan kehidupan lama yang telah diberi nafas baru.  Para pelakon dan para pemain pentasnya masih lagi watak watak lama yang di revolusikan..  Lebih lebih lagi watak Si Pemerintah..  Dulunya seorang yang absessif dan menekan.. Kini lebih mellow..  Nama pun watak, sejauh mana ikhlasnya, wallahualam.  Tapi itu semua tidak penting.  Yang penting seorang watak baru akan dilahirkan tak lama lagi..  Satu lagi watak yang akan menambah kepelbagaian dalam drama kehidupanku.. 

Apakah watak itu akan terbit di rembang Ramadhan? Atau mungkin di gemilang Syawal?  Entahlah.  Itu semua kerja Tuhan.  Aku menanti penuh pasrah..  Moga teraju utama juga begitu..

 

~ oleh andong sari di Ogos 29, 2008.

2 Respons to “Rembang Ramadhan”

  1. Watt, bila nak update ni?

    • heheh bz sket lah coy
      aku skrg update blog aku.. dah tak update wordpress.. nnt bila rajin aku updatelah..
      hehe tungguuuuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: