Onak

Kenapa?

Soalan resam bila insan lain dapat tahu mahligai yang dibina bakal diisytiharkan ‘unfit for occupation’.  Sedih? Kecewa? Hiba?  Tipu jika dikatakan itu semua telah berlalu.  Masih lagi sedang dilalui.  Hanya peratusannya agak menurun.

Dalam keadaan hamil ( namun tidak diakui zuriatnya bila diberitahu akan anugerah itu) insan yang dinikahi setulus dan ikhlas jiwa berpaling tadah.. Amat menyiksakan. 

Tapi itu resam hidup.  Ini pengajaran dari Tuhan.  Tuhan mahu mengajar aku menjadi tabah dan gigih.  Kuat demi 2 insan kecil milikku dan seorang insan kerdil yang bakal melihat dunia 4 bulan lagi.  Pengajaran, agar aku lebih tekun, bersungguh sungguh, bersabar dan berhati hati dalam beribadat kepadaNya.  Pengajaran untuk aku  panjang akal mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupan dan menyara 3 jiwa kecil.  Pengajaran agar aku berhati hati dalam mendidik dan membentuk jiwa mereka.  Agar mereka menghormati wanita.  Mengasihi dan menghormati sesama manusia.

Sedih?  Siapa yang tak sedih bila melihat mahligai yang dibina bakal runtuh di hadapan mata.  Sedih mengenangkan insan yang pernah dicintai menikam tepat ke jantungku, merobek hatiku tanpa belas kasihan.  Dengan kejam, hati kering, ego dan dendam kesumatnya..  Tapi sedih tak perlu lama.  Mujur dapat kuterima hakikat punca dan kesan kesedihan itu dan segera menamatkannya dalam masa 20 hari.  Itu pun dah kira lama.  But it had to stop.. Masih berbaki, masih berparut tapi sudah berhenti berdarah..  Ratapan untuk si hidup tidak kan ke mana..

Kecewa?  Ya.  Menyesal tidak.  Tidak sepertinya yang kesal menikahi ku .  Aku tak pernah kesal menikahinya.  Itu semua rahmat.  Aku dikurniakan 3 cahayamata yang indah.  Aku dapat merasakan nikmat menjadi seorang isteri, walaupun tak lama.  Aku rasakan keindahan menjadi sorang ibu.  Ku rasakan perit jerih melalui keguguran, kelahiran normal dan pembedahan.  Itu semua tak kukesali.  Yang aku kecewa ialah sikapnya yang masih tidak matang.  Di usia 40 masih sibuk mengejar keseronokan dunia.

Hiba?  Itu pasti.  Setiap kali ku tatap wajah 2 insan kerdil tika terlena, aku hiba.  Belum berpisah, ayahnya sudah mula mengabaikan mereka.  Sakit pening mereka tidak di ambil tahu.  Apalagi bila sudah berpisah kelak.  Apa pula nasib insan kecil yang sedang membesar didalam rahimku ini.  Pergerakannya sentiasa ku rasai di tika aku berduka. Bagai cuba memberitahu, jangan bersedih mama, I am here for you and I love you.  Mungkin dia akan membesar tanpa mengenal ayahnya. Tapi itu takdirnya.

Namun hidup mesti terus.  Aku punya maruah dan aku takkan terus hidup dihina manusia yang pernah aku cintai suatu hari dulu.  Semangat itu berjalan seiring dengan sedih, kecewa dan hiba, memimpin aku untuk terus hidup kuat demi anak anak ku.  Jangan risau, mama takkan persiakan kamu semua, sayang.  Kamulah nyawa mama. 

Cukuplah aku menangis, merintih dan meratapi mayat hidup yang seorang itu.  Cintaku berkubur tanpa nisan.  Aku tak membenci kerana dia pernah kucintai, tapi sudah tiada kasih sayang untuknya. Semuanya sudah hilang.  Mengalir bersama derasnya air mataku yang berjujuran selama ini..

Biar lupus semua insan di dunia ini.  Aku masih punya Dia, tempat mengadu dan memohon kesejahteraan hidup.  Allah lindungi insan teraniaya..

Insyaallah..

 

 

 

 

~ oleh andong sari di Jun 9, 2008.

Satu Respons to “Onak”

  1. bykkan bersabar ye… I know how u feel… Saye lalui perkara yang sama maybe… Perit rasenye bila org yang kita cintai, yang kita percaya… khianati kite… Mmg sukar untuk dimaafkan… Doakan semoga Tuhan beri petunjuk dan hidayah pada dia… Dan doakan semoga Tuhan lembutkan hati kita untuk beri kemaafan… demi anak-anak & rumahtangga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: