AKU MENGERTI..

pic04639.jpg

Hari ini hati ku menangis.  Terkenangkan saudara tercinta yang datang berkelana kelmarin.  Dalam senyum tersembunyi kesedihannya.  Dalam gagah terlihat kerapuhannya.  Ingin tumpang bermalam katanya.  Silakanlah sayang.  Aku mengerti..

Terlihat kerinduan hati seorang ibu bila dikucupnya dahi putera kecilku yang sedang lena dibuai mimpi.   Serentak itu dia luahkan kerinduannya pada cahayamatanya.  Tersentuh hati ku.  Kasihan.  Aku mengerti..

Seronoknya ada rumah sendiri! Terpacul ayat itu dari mulut manusia ini yang sedang menagih simpati setiap hari menumpang di rumah orang.  Lagak bagai anak terbuang.  Biarpun kecil, asal namanya rumah sendiri dihiasi dengan anak anak kecilnya bermain sesama sendiri.  Dia pasti bahagia.  Aku mengerti..

Keesokan paginya, dia terlihat pasangan hidupku cekap melayan keletah anak.  Terdetik rindu pada pasangannya.  Matanya berkaca mengenangkan nasib diri.  Sedih, kecewa, marah, rindu dan sayang.  Semuanya bercampur baur meratah dirinya dari dalam.  Dia terus berbaring memaksa matanya menelan kembali airmata yang cuba dimuntahkan.  Sabarlah sayang.  Aku mengerti..

Walau jasad dan asal jauh berbeza.  Aku dapat rasakan jiwanya.  Aku juga kecewa.  Aku dapat rasakan tangisannya.  Aku juga menangis.  Cuma tidak ku zahirkan.  Aku cuba jadi kuat untuknya.   Dia juga tak mahu aku bersedih untuknya.  Aku mengerti..

Ya Allah, berikanlah kekuatan baginya.  Jangan lah kau tanggungkan dia apa yang tak tertanggung olehnya.  Sesungguhnya Kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin.

~ oleh andong sari di Mac 31, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: