EVO vs KANCIL

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri  di sebelahnya.  Pemilik Kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu.  Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi.

“Kenapa nie pakcik, kereta rosak ke?” tanya pemuda yang berusia dalam lingkungan 20an.

“Ha’ah rosaklah” jawab pakcik tu.

“Oklah, macam ni.  Saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai kat tol gate.” mamat ni bagi idea.

“Ok jugak tu.  Nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high
beam” cadang pakcik tu.

“Ok pakcik.”

Mamat nie pun ikatlah tali kat depan kereta kancil didepan dan hujungnya diikat di belakang bumper Evonya. Dia pun start enin dan jalanlah.. dengan slow dan berhati-
hati.  Dalam lima kilometer mamat ni laju le sikit.  Apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.  Mamat tu pun slowkan balik.  Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo8.  Apa lagi, terbakarlah jiwa
muda yang pantang dicabar. Dia pun tekan la minyak rapat ke lantai nak kejar Ferrari nie… Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak gila.  Mamat Evo8 ni dah tak sedar dah, angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm… … bedesup peginye…

“Ni dah lebih speed limit nie.  Cecah 250kmj ni ” kata polis nie. Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni.

“Bola satu ke bola dua.. Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Ferrari, sebuah Evo8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punya… Sebuah kancil putih tengah cucuk angin kat Evo8 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!’

~ oleh andong sari di Mac 12, 2008.

Satu Respons to “EVO vs KANCIL”

  1. wow… caya lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: