Cinta Seorang Pakwe

© Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.  Sungguh!!  Sampai saya takut nak pegang.  Bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa!

© Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dhasyat dihadapan…  Yang Maha Pencipta.

© Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh !! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.  Saya pun tumpang dapat pahala… syoknya!

© Saya sedih sangat tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam dia juga.  Si dia tanya, ‘apa ubatnya bang? Saya pun bagi dia Al-Quran sabagai penenang jiwa… semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

© Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam ; ” makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saaya juga yang susah hati… bla..bla bla” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tak kata satu apa pun.  Aduh… berdosanya saya!

© Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

© Doakan kami saling mengingati, insaf menginsafi. Ya ALLAH, Ampunkanlah kami, semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di Syurga nanti… AMIN 

~ oleh andong sari di Januari 30, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: