Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
-
Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”
-
Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
-
Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
-
Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
-
Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya. (perkara yang elok2 belaka).
-
Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
-
Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
-
Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
-
Kekalkan wuduk.
-
Bersedekah.
-
Belanja orang makan.
-
Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
-
Berkawan dengan ulama.
-
Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
-
Pesan pada orang, jadi baik.
-
Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb).
-
Jangan dengar orang mengumpat.
Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.”
